a) Jelaskan persoalan dalam drama.
Persoalan
semangat patriotik yg tinggi. Zaki pulang utk berbakti kepada negara setelah
tamat belajar di England. Persoalan kasih sayang anak thdp ibu. Zaki amat
menyayangi ibunya, Mak Munah yg sakit. Persoalan sikap suka membantu orang lain.
Dr. Chan menolong merawat mata ibu Zaki. Persoalan tanggungjawab anak kpd ibu. Zaki prihatin dan bertanggungjawab dalam menjaga ibunya, Mak Munah
yg sakit.
b) Huraikan nilai murni dalam drama.
Nilai
patriotisme. Zaki mempunyai semangat patriotik dan ingin berusaha mengisi
kemerdekaan tanah air. Nilai kasih sayang. Zaki amat menyayangi ibunya, Mak
Munah. Nilai tolong-menolong/bantu-membantu. Dr. Chan menolong merawat mata ibu
Zaki. Nilai tanggungjawab/keprihatinan. Zaki bertanggungjawab menjaga ibu yang sakit dan
menebus semula tanah keluarga yang tergadai.
c) Jelaskan
pengajaran.
Kita
hendaklah menyayangi ibu. Zaki menyayangi dan menjaga ibunya yang sakit. Kita hendaklah bersemangat patriotik.
Zaki cinta akan tanah air, kembali selepas belajar di England, untuk
berkhidmat kepada negara. Kita hendaklah membantu orang lain. Dr. Chan membantu
merawat mata ibu Zaki yg hampir buta. Kita hendaklah memahami budaya masyarakat
lain. Anna tidak memahami budaya keluarga suaminya walaupun telah berkahwin
selama 4 tahun.
d) Huraikan
binaan plot drama/sinopsis darama.
Permulaan.
Anna berada di lapangan terbang menunggu penerbangannya ke England. Anna kecewa
kerana beranggapan suaminya, Zaki lebih mengutamakan ibunya daripada Anna sebagai isteri.
Perkembangan. Zaki dan Dr. Chan cuba memujuk Anna supaya tidak meninggalkan
Zaki dan anaknya, Tina. Kemuncak. Mak Munah juga memujuk Anna supaya tidak
meninggalkan Zaki dan menegaskan bahawa Zaki menyayangi Anna. Peleraian. Anna
tetap menaiki kapal terbang meninggalkan Malaysia. Dr. Chan meminta Zaki supaya
memberikan masa kepada Anna untuk berfikir semula.
e) Huraikan konflik antara watak.
Konflik
antara Anna dan Zaki. Anna kecewa kerana Zaki lebih mengutamakan ibunya, Mak
Munah daripada Anna sebagai isteri. Konflik antara Zaki dan Anna. Zaki kecewa
kerana Anna ingin meninggalkannya dan Tina, anaknya untuk pulang ke England.
Konflik antara Anna dan Mak Munah. Anna berasa kecewa kerana Mak Munah lebih
mendapat perhatian dan kasih sayang drp Anna sebagai isteri Zaki.
f) Huraikan
perwatakan Zaki.
Seorang yg penyayang. Zaki amat menyayangi ibunya, Mak Munah Seorang
yg mengenang jasa. Zaki mengenang jasa ibu yang banyak berkorban utknya supaya
dia dapat belajar di England. Seorang yg patriotik. Zaki cinta akan
tanah air, kembali selepas belajar di luar negara, untuk berkhidmat kepada
negara. Seorang yg bertanggungjawab. Zaki
bertanggungjawab menjaga ibu yang sakit.
g) Huraikan perwatakan Anna.
Seorang yg bijak. Anna belajar bidang Ekonomi di universiti.
Seorang yg keras hati. Anna
tetap meninggalkan Zaki walaupun dipujuk oleh Zaki, Dr. Chan dan Mak Munah.
Seorang yg mementingkan diri sendiri. Anna tidak suka sikap Zaki yang lebih
mengutamakan ibunya daripada Anna sebagai isteri.
h) Huraikan latar masa drama.
Tahun
1967. Anna ingin pulang ke England meninggalkan Zaki dan anaknya. Zaman
komunis. Komunis pernah menyerang dan menyebabkan kematian ibu Anna. Malam.
Anna menunggu penerbangannya di lapangan terbang pada waktu malam.
i) Huraikan latar tempat dlm drama.
Bilik
Menanti/Lapangan terbang. Anna menunggu penerbangannya ke England di Bilik
Menanti. London.
Anna ingin pulang ke London, England. Universiti Cambridge. Zaki belajar
pengajian Sejarah di Universiti Cambridge. Kuala Lumpur. Zaki dan ibunya, Mak
Munah tinggal di Kuala Lumpur.
j) Huraikan kritikan terhadap masyarakat/kritikan
sosial.
Kritikan
terhadap anggota masyarakat yg mementingkan diri sendiri. Anna tidak suka
sikap Zaki yg lebih mengutamakan ibunya daripada Anna sebagai isteri. Kritikan
terhadap anggota masyarakat yg gagal memahami budaya bangsa lain. Anna tidak memahami
budaya keluarga suaminya.