SINOPSIS
Memaparkan kisah seorang lelaki tua peminta sedekah yang terjumpa seorang bayi di dalam tong sampah. Bayi itu dinamainya Sumi. Meskipun amat tua kerana berusia hampir 100 tahun dan bongkok pula, namun naluri kemanusiaannya yang tinggi membuatkannya dia gigih memelihara Sumi dengan penuh kasih sayang. Pada akhirnya, datang pihak berkuasa ingin meruntuhkan gubuk mereka kerana kawasan setinggan itu akan dibangunkan. Mereka berdua terpaksa hidup bergelandangan kerana gubuk buruk mereka diruntuhkan.
TEMA
Kegigihan dan kasih sayang seorang lelaki tua yang bergelut dengan penderitaan dalam mencari rezeki untuk meneruskan kehidupan. Lelaki tua itu hanya bergantung pada pendapatannya sebagai peminta sedekah di bandar raya Kuala Lumpur untuk meneruskan kehidupan bersama seorang cucu terbuang yang masih kecil iaitu Sumi.
PERSOALAN
1. Persoalan tentang kemiskinan hidup. Contohnya, datuk tua menyara kehidupan dengan menjadi seorang peminta sedekah dan dia juga tinggal di sebuah gubuk buruk di kawasan setinggan di kota Kuala Lumpur bersama dengan seorang anak iaitu Sumi.
2. Persoalan tentang kasih sayang. Contohnya, datuk tua menjaga Sumi dengan penuh kasih sayang seperti anak kandungnya sendiri dan berusaha untuk membahagiakan Sumi walaupun membesarkannya dengan hanya memberi makan hasil huluran tin susu tuanya.
3. Persoalan tentang pembuangan bayi. Contohnya, Sumi telah dijumpai oleh datuk tua di dalam tong sampah dengan keadaan hanya berbalut dengan lampin.
4. Persoalan tentang ketabahan dalam menempuh dugaan hidup. Contohnya, dalam menghadapi dugaan hidup walaupun gubuk buruk yang didiaminya selama ini bersama Sumi di kawasan setinggan telah dirobohkan.
5. Persoalan tentang kegigihan dalam mencari rezeki. Contohnya, datuk tua yang telah berusia hampir 100 tahun dan bongkok pula masih gigih dalam mencari rezeki demi meneruskan hidupnya dan cucu kesayangannya walaupun pekerjaannya itu hanya mengemis di jalanan.
6. Persoalan tentang keyakinan akan Tuhan. Contohnya, datuk tua yakin bahawa walaupun pekerjaannya kini terjejas akibat gubuk buruknya telah dirobohkan tetapi baginya bumi Allah ini luas dan dia masih boleh meneruskan perjuangan untuk mencari rezeki di mana-mana tempat.
8. Persoalan tentang kemajuan pembangunan. Contohnya, Kuala Lumpur merupakan bandar raya yang sudah mengecapi kemajuan pembangunan sehingga menjadikan tempat tersebut lubuk atau pusat pekerjaan penduduk yang sangat penting. Begitu juga, deretan gubuk buruk yang didiami oleh datuk tua bersama dengan penghuni-penghuni yang lain telah dirobohkan untuk tujuan pembangunan.
WATAK DAN PERWATAKAN
Datuk Tua
1. Watak utama cerita.
2. Berusia menjangkau satu abad iaitu hampir 100 tahun.
3. Badannya kurus dan sudah bongkok. Dia berdiri dan berjalan dengan bantuan tongkat.
4. Tinggal di gubuk buruk di kawasan setinggan di Kuala Lumpur.
5. Seorang peminta sedekah.Contohnya, datuk tua selalu mengemis di kaki-kaki lima bandar Kuala Lumpur.
6. Memelihara seorang anak iaitu Sumi yang telah dibuang oleh ibu bapanya di tong sampah.
7. Seorang yang penyayang. Contohnya, dia menjaga Sumi dengan penuh kasih sayang seperti anak kandungnya sendiri dan berusaha menunaikan permintaan .
8. Seorang yang gigih. Contohnya, meskipun datuk tua sudah teramat tua dan bongkok pula tetapi dia gigih memelihara Sumi dengan penuh kasih sayang dan berusaha mencari mencari rezeki untuk membesarkannya.
9. Seorang tua yang mempunyai naluri kemanusiaan yang tinggi. Contohnya, meskipun datuk tua sudah teramat dan seorang peminta sedekah tetapi dengan naluri kemanusiaan yang ada pada dirinya, dia sanggup memelihara Sumi yang dibuang oleh ibu bapanya di tong sampah.
10. Percaya dan yakin akan Tuhan. Contohnya, datuk tua yakin Tuhan akan sentiasa memberi ruang kepadanya untuk mencari rezeki di mana–mana tempat di bumi ini.
Sumi
1. Berumur lima tahun.
2. Korban kezaliman ibu bapa yang tidak bertanggungjawab. Contohnya telah dibuang oleh ibu bapanya di tong sampah dan telah dijumpai oleh datuk tua dengan keadaan yang hanya berbungkus lampin.
3. Dipelihara oleh datuk tua iaitu seorang peminta sedekah yang sudah berusia.
4. Menyayangi datuk tuanya. Contohnya, semasa gubuk buruk tempat tinggal mereka diruntuhkan, Sumi segera mendapatkan datuk tua kesayangannya walaupun sedang sakit. Dia tidak mahu datuk tuanya itu terkial-kial sendirian menanggung segala penderitaan yang dialami.
5. Seorang kanak-kanak yang periang dan mempunyai dua orang kawan iaitu Utih dan Nana.
6. Seorang kanak-kanak yang tidak pernah merasai kesenangan hidup. Contohnya, Sumi tidak pernah merasai kesenangan hidup lantaran ibu bapanya yang membuangnya di tong sampah dan kini, hidup bergantung dengan datuk tuanya yang lemah dan tidak mempunyai apa-apa iaitu mencari rezeki dengan hanya mengemis.
LATAR
(a) Latar Tempat
1. Bandar raya Kuala Lumpur
2. Kaki lima – tempat datuk tua meminta sedekah.
3. Gubuk buruk di kawasan rumah setinggan – tempat datuk tua dan Sumi tinggal.
(c) Latar Masyarakat
1. Masyarakat kota yang miskin. Contohnya, datuk tua mencari rezeki untuk menyara kehidupan dengan hanya meminta sedekah. Dia dan Sumi tinggal di kawasan setinggan iaitu di gubuk buruk tebing sungai.
2. Masyarakat tua yang gigih. Contohnya, datuk tua yang sudah berusia menjangkau 100 tahun dan sudah bongkok masih meneruskan kehidupan mencari rezeki dengan mengemis di jalanan walaupun sudah teramat tua.
3. Masyarakat kota yang murah hati dan berbelas kasihan. Contohnya, masih terdapat segelintir warga kota yang simpati dan bermurah hati dengan memberi sedekah kepada datuk tua.
4. Masyarakat yang penyayang. Contohnya, datuk tua menyayangi Sumi dengan menjaganya dengan penuh kasih sayang seperti anak kandungnya sendiri.
5. Masyarakat yang tidak bertanggungjawab dan berperikemanusiaan. Contohnya, ibu bapa Sumi mewakili masyarakat yang tidak bertanggungjawab dan berperikemanusiaan kerana membuang anak di tong sampah.
6. Masyarakat yang jahil tentang agama. Contohnya, perbuatan ibu bapa Sumi yang membuangnya di tong sampah memperlihatkan kurangnya nilai agama dalam diri sehingga sanggup membuang darah daging sendiri.
7. Masyarakat kota yang sentiasa sibuk. Contohnya, setiap hari masyarakat kota di Kuala Lumpur digambarkan sentiasa sibuk dengan hal dan pekerjaan masing-masing.
8. Masyarakat kota yang terabai dari segi kebajikan. Contohnya, datuk tua dalam keadaannya yang sudah menjangkau usia 100 tahun masih merempat di kota Kuala Lumpur mencari rezeki dengan meminta sedekah tanpa ada bantuan daripada mana-mana pihak untuk menempatkannya di rumah-rumah kebajikan orang-orang tua.
TEKNIK PENCERITAAN
1. Pemerian
- Tatapannya merenung kejauhan lalu menembusi kenderaan dan derap langkah kaki warga kota yang lewat di hadapannya. Pun ketika ada dentingan syiling yang terlontar di dalam tin susunya, tatapannya itu tetap tidak berubah. Getir dan penuh penderitaan, membayangkan warna hidupnya. (MS 93)
2. Imbas Muka/ Flashforward
- Datuk tua sedang merenung dan berfikir untuk mencari jalan penyelesaian bagi masalah yang sedang bersarang dalam kepala. Dia merasakan petang itu merupakan petang bagi segala masalah. (MS 94)
3. Imbas kembali / Flasback
- Datuk tua teringat akan kedatangan lelaki-lelaki asing yang memakai kemeja dan tali leher dengan cara jalan yang begitu gagah di kawasan deretan gubuk-gubuk buruk mereka di tebing sungai. (MS 94-95)
- Datuk tua teringat akan peristiwa dia menjumpai Sumi yang masih bayi di dalam tong sampah dengan hanya berbalut lampin buruk. (MS 96)
- Datuk tua teringat akan Sumi yang sudah pandai merajuk dan bertanya tentang ayah dan ibunya kandungnya. (MS 97)
4. Dialog
- “Tanah ni tanah kerajaan, pak cik. Di tapak tanah ni akan dibina bangunan lapan puluh tingkat.”
“Tapi encik…”
“Tak ada tapi-tapinya lagi. Kalau saya kata pindah, pindah!” (MS 95)
5. Monolog dalaman
- Dia bertanya kepada dirinya lagi. Di manakah peri kemanusiaan warga kota? Di manakah keadilan yang selalu dilaung-laungkan? Dia tidak tahu. Dia juga tidak tahu di manakah haknya sebagai warga kota yang bernaung di bumi merdeka? Mana? Mana? Hatinya menjerit. (MS 96)
- Mungkin ada rezeki lebih hari ini Sumi. Nanti tuk belikan limau. Hatinya berbicara. (MS 97)
6. Monolog
- “Tunggu ya cu, tuk pulang ni!” Dia berbisik sendirian. (MS 99)
7. Suspens
- Langkahnya semakin cepat. Sesekali dia tersepak batu-batu di jalanan. Semakin hampir ke tempat itu semakin kuat bunyi buldozer dan semakin lemah tubuh tuanya. Langkahnya mati tiba-tiba. (MS 99)
NILAI MURNI
1. Kasih sayang. Contohnya, datuk tua menyayangi Sumi dengan menjaganya dengan penuh kasih sayang seperti anak kandungnya sendiri.
2. Pemurah. Contohnya, segelintir warga kota simpati dengan kesusahan yang dialami oleh datuk tua dengan bermurah hati menghulurkan sedekah.
3. Tabah. Contohnya, datuk tua tabah menghadapi dugaan hidup walaupun terpaksa bergelut dengan penderitaan hidup.
4. Kesyukuran. Contohnya, datuk tua sentiasa bersyukur dengan rezeki yang diterimanya hasil daripada meminta sedekah daripada orang lain.
5. Gigih. Contohnya, datuk tua yang telah berusia hampir 100 tahun dan bongkok pula masih gigih dalam mencari rezeki demi meneruskan hidupnya dan cucu kesayangannya walaupun pekerjaannya itu hanya mengemis di jalanan.
6. Bertanggungjawab. Contohnya, datuk tua telah menunaikan tanggungjawab dengan menjaga dan membesarkan Sumi yang telah dibuang oleh ibu bapanya di tong sampah.
AMANAT DAN PENGAJARAN
1. Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan dan takdir hidup.
2. Kita perlulah gigih berusaha dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
3. Kita mestilah bertimbang rasa dan mempunyai belas kasihan terhadap kesusahan orang lain.
4. Kita haruslah bertanggungjawab terhadap segala perbuatan dan tindakan kita.
5. Kita haruslah sentiasa bersyukur kepada Tuhan untuk setiap rezeki yang diberikan kepada kita.
6. kita hendaklah memberi kasih sayang yang baik terhadap anak-anak.
GAYA BAHASA
1. Simile
- Hitam seperti malam. (MS 93)
- Hatinya bagai digamit untuk melangkah pantas. (MS 99)
2. Personifikasi.
- Hatinya menjerit. (MS 96)
3. Sinkof.
- “Tak ada tapi-tapinya lagi. Kalau saya kata pindah, pindah!” (MS 95)
4. Hiperbola.
- Mengalir air mata darah
- Matahari jam dua belas tegak di atas kepala, memanah mata tua. (MS 94)
Makluman : Sukatan Baru Kesusasteraan Melayu SPM
Mulai 2015, satu novel dipelajari iaitu Naratif Ogonshoto karya Dato' Anwar Ridhwan. Satu antologi teks moden (sajak, cerpen dan drama) ialah Kubentang Sebuah Peta. Teks karya tradisional pula ialah Nilai Insan.
Memaparkan catatan dengan label Nota Cerpen. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nota Cerpen. Papar semua catatan
05 Ogos 2010
17 Jun 2010
Cerpen Seekor Manusia Seorang Binatang - Antologi Madu Ilmu
Seorang gadis bernama Zaniyah terlanjur dalam hubungannya dengan kekasihnya. Zaniyah yang hamil telah ditinggalkan oleh kekasihnya,Zaney. Zaniyah yang melahirkan anak di pinggir sungai Hutan Lembah Dara Terbelah telah meninggalkan bayinya di pinggir sungai tersebut. Apabila dia kemudiannya melihat seekor ibu monyet bergadai nyawa menyelamatkan anaknya,Zaniyah menjadi insaf,lantas kembali mendapatkan semula anak yangn telah ditinggalkannya itu.
Tema
Bertemakan tentang keinsafan seorang ibu yang terjebak dalam kancah maksiat
Contohnya: zaniyah merupakan seorang gadis yang hidup bebas sehingga terlanjur dengan kekasihnya zaney kemudiannya apabila dia disahkan hamil kekasihnya telah meninggalkannya .setelah beliau melahirkan anaknya ,zaniyah meninggalkan bayinya di pinggir sungai .tetapi zaniyah akhirnya sedar dan insaf apabila melihat seekor ibu monyet bergadai nyawa menyelamatkan anaknya.akhirnya zaniyah kembali mendapatkan anaknya.
Persoalan
1. pembuangan bayi yang tidak berdosa.contoh; zaniyah membuang ananaknya yang baru dilahirkan dipinggir sungai hutan lembah dara kerana tidak sanggup menanggung malu kerana anak yang dilahirkannya adalah anak luar nikah
2. kehamilan gadis tanpa ikatan perkahwinan,contoh;zaniyah hamil setelah menjalinkan hubungan dengan kekasihnya zaney tanpa ikatan perkahwinan
3. pergaulan bebas muda mudi,contoh; setelah zaniyah ditinggalkan kekasihnya zaniyah menjadi liar dengan berkawan dengan bohsia dan bohjan.
4. hubungan kasih saying dalam keluarga binatang ,contoh;kerana sangat menyayangi anaknya ibu monyet sanggup menggadaikan nyawanya demi untuk memastikan anaknya selamat daripada dibaham buaya
5. sikap ketidakbertanggungjawaban seorang lelaki,contoh; zaney merupakan buaya darat yang telah merosakkan zaniyah sehingga zaniyah hamil.sikap ketidakbertanggungjawab zaney ini terserlah apabila dia menghilangkan diri tanpa dikesan
Watak dan Perwatakan
Zaniyah
-watak utama
-seorang gadis liar,bohsia
-mementingkan budaya hedonisme
-pernah menjalinkan hubungan cinta dengan suami orang
-kemudian menjalinkan hubungan cinta dengan zaney sehingga mereka terlanjur
-hamil anak luar nikah
-membuang anaknya sebaik sahaja dilahirkan di pinggir sungai hutan lembah dara
-akhirnya insaf dan mengambil semula anaknya
-seorang yang sangat menjaga maruah diri,contohnya selepas melahirkan anak dia sanggup membuang anaknya kerana tidak mahu maruahnya rosak
-kuat semangat,berani,tabah,contohnya melahirkan anaknya seorang diri didalam hutan
-berasal dari kampong dan menetap dikota
Zaney
-mempunyai kekasih bernama zaniyah
-telah terlanjur dengan zaniyah
Lelaki yang tidak mahu bertanggungjawab dan akhirnya melarikan diri
Latar masyarakat/gambaran/imej/citra
1. masyarakat kota,contoh:zaniyah merupakan gadis kampong yang hidup mencari rezeki dikota
2. masyarakat yang terpengaruh dengan budaya hedonisme,contoh; zaniyah merupakan gadis liar yang hidup dengan mementingkan keseronokan seperti bergaul bebas lelaki dengan perempuan
3. masyarakat yang kejam,contoh zaniyah seorang yang kejam kerana sanggup membuang anaknya yang baru dilahirkan demi menjaga maruahnya
4. masyarakat yang tidak bertanggungjawab,contoh;zaney merupakan seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab dengan meninggalkan zaniyah setelah dia mendapat apa yang diingininya
5. masyarakat yang jahil tentang agama,contoh;zaniyah seorang gadis yang jahil tentang agama dengan membelakangkan garis panduan agama dengan terlibat dalam pergaulan bebas bohsia dan bohjan,terlanjur sehingga melahirkan anak dan cuba membuang anaknya itu
6. masyarakat haiwan yang penyayang dan sanggup bekorban,contoh; ibu monyet sangat menyayangi anaknya dan telah mengorbankan nyawanya demi menyelamatkan anaknya daripada dibaham buaya
Latar masa
berlaku pada waktu awal pagi ketika zaniyah melahirkan anaknya
Latar tempat
-di kota
-dipinggir sungai hutan lembah dara
Nilai kemanusiaan;
1. nilai kasih sayang.contoh;ibu monyet sangat menyayangi anaknya,buktinya ibu monyet sanggup menggadaikan nyawanya untuk menyelamatkan anaknya dalam bahaya
2. nilai keinsafan,contoh; zaniyah insaf dan sedar akan dosanya yang membuang bayinya setelah menyaksikan ibu monyet sanggup menggadaikan nyawa menyelamatkan anaknya.akhirnya zaniyah pergi mengambil kembali anaknya
3. nilai pengorbanan,contoh; ibu monyet sanggup bekorban nyawa demi menyelamatkan anakn ya daripada dibaham buaya
4. nilai menjaga maruah,contoh;setelah melahirkan anak zaniyah membuang anaknya dan berazam ingin merantau jauh agar segala perbuatan terkutuknya tidak diketahui sesiapa
5. nilai simpati,contoh; zaney menasihati zaniyah supaya tidak menjalinkan hub ungan dengan suami orang
6. nilai ketabahan,contoh; zaniyah seorang yang tabah dan berani menghadapi saat-saat melahirkan anak seorang diri dihutan lembah dara walaupun risikonya tinggi
Mesejatau Pengajaran
1. Kita mestilah insaf dan sedar setelah terlanjur melakukan dosa atau kesalahan ,contoh; zaniyah insaf dan sedar akan dosanya yang membuang bayinya setelah menyaksikan ibu monyet sanggup menggadaikan nyawa menyelamatkan anaknya.akhirnya zaniyah pergi mengambil kembali anaknya
2. sebagai manusia kita hendaklah menjaga tingkah laku dan menjaga batas-batas pergaulan antara lelaki dengan perempuan yang bukan muhrim,contoh; zaniyah merupakan gadis liar yang mengamalkan pergaulan bebas sehingga terjebak dengan hubungan terlarang
3. kita janganlah mengamalkan hubungan tanpa ikatan perkahwinan,contoh;zaniyah dan zaney menjalinkan hubungan tanpa ikatan perkahwinan sehingga zaniyah hamil
4. kita hendaklah bertanggungjawab setelah merosakkan anak gadis orang,contoh;zaney menghilangkan diri setelah dia mendapat apa yang dia inginkan daripada zaniyah
5. kita mestilah menyayangi dan bekorban demi anak-anak,contoh; ibu monyet sangat menyayangi anaknya,buktinya ibu monyet sanggup menggadaikan nyawanya untuk menyelamatkan anaknya dalam bahaya
6. kita hendaklah menjaga maruah diri apabila merantau jauh atau berjauhan dengan ibu bapa,contoh;zaniyah gadis kampong berhijrah ke kota mencari rezeki tetapi telah mencemarkan nama baik keluarganya dengan terlibat dalam pergaulan bebas sehingga melahirkan anak luar nikah
Teknik plot
1. teknik dialog contoh:”percayalah , zan.Dia tu dah punya bini,dah punya anak pun.Aku kesiankan kau.Sebagai seorang kawan,aku berkewajipan mengingatkan kau.’Zaney mempamerkan wajah simpatinya.hal 51
2. teknik pemerian .contoh;matanya yang kuyu dan cengkung diwajahnya yang pucat lesi itu masih merenungi aliran air sungai yang menghayutkan sampah sarap dan reba itu halaman 53
3. teknik imbas kembali,contoh;zaniyah terkenang kisah hitam bapa dan ibunya

30 Disember 2009
Soalan Cerpen SPM Kesusasteraan Melayu 2009
Soalan Esei Bahagian C 2008 ialah soalan berdasarkan cerpen Malam Terakhir. Peruntukan markah ialah 20 markah.
Soalan adalah seperti berikut :
a) Jelaskan dua teknik penceritaan yang digunakan oleh pengarang dalam petikan di atas. (4 markah)
b) Huraikan empat latar masa cerpen tersebut. (8 markah)
c) Jelaskan empat perwatakan Hasyim dalam cerpen ini. (8 markah)
Saya akan cuba membincangkan cara menjawab soalan tersebut.
Bagi soalan a) , calon perlu memahami konsep teknik penceritaan. Seperti biasa, teknik penceritaan yang dipelajari ialah teknik imbas kembali, teknik dialog, teknik monolog, teknik imbas muka, dan teknik pemerian/deskriptif. Tidak banyak iaitu lima sahaja yang perlu difahami oleh pelajar. Teknik pemerian ialah ialah yang paling mudah iaitu apa sahaja yang pengarang tulis untuk menggambarkan keadaan, tingkah laku dan suasana latar. Teknik dialog juga mudah difahami iaitu apabila ada dialog di antara 2 watak. Calon perlu sedar bahawa jika seorang sahaja yang berkata-kata, maka ia ialah monolog. Misalnya, seorang yang bercakap seorang diri di hadapan cermin atau berkata-kata kepada tumbuhan atau haiwan. (mudah saja, ada tanda dialog " " atau ada watak manusia lain yang mendengar. Jika tiada suara, hanya dalam hati/fikiran sahaja, maka itu ialah monolog dalaman. Teknik imbas muka ialah apabila watak membayangkan sesuatu yang belum berlaku atau dijangka berlaku.
Bagaimanapun, dalam petikan cerpen tersebut, hanya 3 teknik yang digunakan.
Contoh jawapan calon yang baik ialah :
Terdapat teknik pemerian dalam petikan cerpen. Contohnya, Bibah menitiskan air matanya, dia tahu apa dalam kepala Hasyim suaminya itu.
Selain itu, terdapat teknik dialog yang digunakan oleh pengarang cerpen. Contohnya, perbualan di antara Bibah dan Hasyim. "Kalaulah semua manusia ini mengirakan periuk nasi macam awak; dunia ini akan dipenuhi dengan kerbau bajak."
Teknik imbas kembali juga terdapat dalam petikan cerpen. Misalnya, watak Bibah terkenangkan peristiwa yang berlaku 11 tahun lalu semasa Hasyim berjuang untuk kemerdekaan tanah air. "Lebih sebelas tahun dahulu, Hasyim telah berjuang dengan rakannya untuk merebut kemerdekaan tanah air."
Cara menjawab di atas sesuai kerana menggabungkan ayat 1 sebagai pernyataan dan ayat 2 sebagai contoh. Satu jawapan tidak digabungkan dalam satu ayat tetapi asingkan ayat 1 dan ayat 2. Hal ini memudahkan guru memberikan markah.
Bagi soalan (b), jika calon menjawab seperti ini :
Terdapat latar masa malam, pagi, petang dan zaman penjajahan Inggeris.
Itu bukan jawapan yang tepat. Ini soalan esei. Maka, calon harus faham bahawa setiap isi jawapan mesti ada bukti atau contoh. Sebaik-baiknya, jawab dalam 2 ayat iaitu ayat pernyataan dan ayat menunjukkan contoh.
Misalnya,
Salah satu latar masa cerpen ialah waktu malam. Peristiwa yang berlaku ialah Hasyim mendengar radio tentang pengumuman kemerdekaan pada jam 12 malam.
Bagi Soalan (c), calon perlu membincangkan perwatakan bukannya watak. Jika calon menjawab tentang kerjanya sebagai guru atau peranan sebagai suami, maka tiada markah akan diberikan.
Perwatakan haruslah melibatkan perwatakan seperti seorang yang tegas, seorang yang berani, seorang yang mengabaikan keluarga dan kerja, seorang yang ikhlas, atau seorang yang cintakan tanah air. Awas, calon jangan suka menjawab dengan menggunakan kata tidak atau bukan bagi soalan perwatakan. Misalnya, seorang yang bukan penakut, seorang yang tidak mementingkan kerjaya, atau seorang yang tidak penyayang. Mungkin maksudnya hampir sama, tetapi sebenarnya, itu menunjukkan calon tidak tahu kosa kata yang tepat untuk menggambarkan perwatakan watak Hasyim.
Satu contoh yang baik ialah :
Hasyim ialah seorang yang berani. Beliau berani berjuang menentang penjajahan Inggeris bersama rakan-rakannya.
Selain itu, Hasyim juga seorang yang cintakan tanah air. Beliau amat cintakan tanah air dan berusaha mendapatkan kemerdekaan tanah air.

26 Oktober 2009
Cerpen Malam Terakhir oleh Hassan Ali
Salah satu cerpen yang penting pada tahun 2009. Cerpen ini masih belum disoal dalam Peperiksaan SPM dan salah satu yang perlu diberi perhatian oleh semua calon. Diharap semua pelajar membaca dan mengkaji cerpen ini secara terperinci. SINOPSIS
Perjuangan Hasyim dan rakan-rakannya menuntut kemerdekaan tanah air. Tujuan utama beliau dalam perjuangan untuk membebaskan nusa,bangsa dan agama daripada dicengkam musuh. Lantaran terlalu memberi tumpuan kepada perjuangan membela nusanya sehingga mengabaikan tugas rumah tangga. Hasyim lupa tanggung jawab terhadap isteri dan anak malah melupakan kerjaya dan kesihatan dirinya. Kesan daripada pengabaian Hasyim, menimbulkan konflik dengan isterinya, Bibah. Beliau lebih mengutamakan perjuangan berbanding hal-hal kehidupan lain. Walau pun pada akhir hayatnya tersingkir tetapi yang ingin didengarinya sebelum menghembuskan nafas terakhir ialah laungan perkataan ‘merdeka’ daripada corong radio. Setelah hajatnya tercapai, dia pun meninggal dunia.
TEMA
Nasib bekas pejuang kemerdekaan tanah air bernama Hasyim. Beliau memperjuangkan kemerdekaan tanah air sehingga kemudiannya uzur dan akhirnya meninggal dunia.
PERSOALAN
1. Semangat cintakan tanah air Dalam keadaan uzur masih mengikuti upacara kemerdekaan tanah air melalui radio kerana cintakan tanah air.
2. Keikhlasan dalam perjuangan. Tidak mengharap sanjungan masyarakat terhadap sumbangan perjuangan dan kematiannya.
3. Prinsip perjuangan Prinsip pegangan Hasyim bertentangan dengan prinsip partinya hingga menyebabkan dia tersingkir dari parti.
4. Pengorbanan dalam perjuangan. Hasyim berjuang tanpa mempunyai kepentingan peribadi/ keluarga sehingga ketika meninggal dunia, Hasyim tidak meninggalkan sebarang harta untuk membiayai pengebumiannya.
5. Kasih sayang dalam keluarga pejuang. Walau pun sibuk berjuang, Hasyim berjaya membentuk keluarganya supaya memahami tanggung jawab sebagai pejuang kemerdekaan.
WATAK PERWATAKAN
HASYIM
1. mempunyai isteri, Habibah dan anak- Lamah
2. bekas guru dan pejuang kemerdekaan
3. sikap juang yang kental – berusaha menuntut kemerdekaan tanah air
4. cinta akan kebenaran – sanggup berkorban demi menegakkan kebenaran.
5. terlalu taksub kepada perjuangan – sehingga mengabaikan isteri dan rumah tangga
BIBAH
1. berfahaman lebih rasional - menyanggah pendapat suami dalam meneruskan perjuangan.
2. kasih sayang - menjaga suami yang sedang terlantar
3. penyedih – melihat kelakuan suaminya yang terlantar pada malam kemerdekaan
4. bertanggung jawab – Bibah menjaga Hasyim ketika sedang terbaring kerana uzur.
5. Beriman – mengingatkan Hasyim agar mengingatkan nama Allah dan selalu mengucap syahadat.
MESEJ DAN PENGAJARAN
1. Berjuang membebaskan tanah air daripada sebarang bentuk penjajahan. -Bibah sangat menyayangi suaminya, Hasyim. Dia mengambil berat ketika suaminya uzur dan menangisi kematian suaminya.
2. Kita hendaklah mengenang jasa para pejuang kemerdekaan. -kehidupan Hasyim sebagai bekas pejuang sangat miskin tanpa pembelaan dan kematian pula tanpa penghormatan masyarakat.
3. Cinta terhadap tanah air mesti mengatasi kepentingan lain. -Hasyim berjuang menuntut kemerdekaan negara tanpa menghitungkan kepentingan dirinya, isteri, anak, rumah tangga malah tugas sebagai guru.
4. Isteri harus mentaati suami. -Bibah menjaga suami yang uzur dan tak menyesal hidup bersama dengan Hasyim yang miskin.
5. Sentiasa mengingati Allah. -Bibah sentiasa mengingatkan Hasyim agar sentiasa mengingati Allah dan mengucap syahadat.
Langgan:
Catatan (Atom)