Makluman : Sukatan Baru Kesusasteraan Melayu SPM
Mulai 2015, satu novel dipelajari iaitu Naratif Ogonshoto karya Dato' Anwar Ridhwan. Satu antologi teks moden (sajak, cerpen dan drama) ialah Kubentang Sebuah Peta. Teks karya tradisional pula ialah Nilai Insan.
31 Januari 2010
22 Januari 2010
Nada Sajak
Sering kali, pelajar beranggapan bahawa terdapat beberapa nada dalam sesebuah sajak. Misalnya, nada romantis pada rangkap pertama dan nada sinis pada rangkap kedua. Anggapan ini kurang tepat. Hal ini kerana hanya ada satu nada sahaja bagi sebuah sajak.
Terdapat lima nada sajak. Nada patriotik, nada melankolik, nada sinis, nada romantis, nada protes. Nada patriotik ialah nada yang paling mudah dikenal pasti oleh pelajar. Mudah sahaja, kerana penyajak menggunakan idea dan perasaan yang mencintai negara, menentang penjajahan atau menggambarkan kasih bangganya kepada kemajuan negara.
Nada sinis juga boleh dikenal apabila penyajak menyindir manusia atau mana-mana pihak dalam sesuatu isu tertentu. Jelasnya, penyajak berasa kurang puas hati terhadap mana-mana pihak tetapi tidak menggambarkan kemarahannya. Sebaliknya, unsur sindiran yang digunakan.
Nada protes pula dapat dikenal sekiranya penyajak marah dan menggunakan kata-kata yang menggambarkan rasa geram terhadap sesuatu isu atau pihak.
Nada melankolik jarang ditemui kini kerana penyajak akan meluahkan rasa sedih, pilu dan hiba dalam seluruh sajak. Biasanya, berkaitan dengan isu kehilangan orang tersayang atau kecewa dalam percintaan.
Nada romantis merupakan nada yang paling lazim kerana nada ini terdapat dalam kebanyakan sajak iaitu sajak-sajak berkaitan kehidupan harian, kisah silam atau pengamatan penyajak terhadap alam atau manusia. Oleh sebab itu, nada sajak romantis kurang ditanya dalam peperiksaan.

20 Januari 2010
Soalan Esei Sajak SPM 2009
Soalan esei sajak 2009 agak mengejutkan kerana tidak mengemukakan seluruh sajak tetapi hanya satu bahagian tertentu daripada sajak Pasir Salak karya Firdaus Abdullah.
Soalan yang ditanya ialah nada sajak (2 markah) , nilai kemanusiaan (8 markah) , maksud bahasa pengulangan dan tujuannya dalam sajak (4 markah) dan 3 contoh bahasa pengulangan. (6 markah).
Bagi soalan nada sajak, semestinya nada sajak ialah ialah nada patriotik. Kenapa? Sebab penyajak menyuarakan perasaan cinta kepada tanah air dan semangat menentang penjajah. Calon hanya perlu menjawab begini :
Nada sajak ialah nada patriotik. Hal ini kerana penyajak mencintai tanah air dan menyatakan rasa benci kepada penjajah dan menentang penjajah Inggeris.
Nilai kemanusiaan pula memerlukan calon memberi nilai yang terdapat dalam petikan serta contoh baris yang mengandungi nilai yang dinyatakan. Misalnya :
Salah satu nilai kemanusiaan dalam sajak ialah nilai keberanian. Contohnya, langkah pahlawan tak kenal gentar.
Selain itu, terdapat nilai bersemangat. Contohnya, korbankan semangat biar menyala.
Nilai berjuang menuntut kemerdekaan turut dikemukakan dalam sajak. Contohnya, rawana Inggeris hendak dicari.
Soalan ketiga meminta calon menyatakan maksud bahasa pengulangan. Oleh sebab pengemukaan soalan bukannya gaya bahasa atau keindahan, maka calon tidak perlu menyatakan istilah bagi bahasa pengulangan. Contoh jawapan ialah :
Bahasa pengulangan bermaksud pengulangan kata atau baris dalam baris yang sama atau baris berikutnya.
Manakala, tujuan penggunaan bahasa pengulangan ialah untuk memberi penegasan kepada isi sajak dan mengindahkan bahasa sajak.
Soalan keempat meminta contoh. Maka, calon hanya perlu mengenal pasti contoh daripada petikan dan menyalinnya. Jangan lupa garisi kata atau baris yang menunjukkan adanya pengulangan. Contoh:
Salah satu contoh bahasa pengulangan ialah, langkah pendekar langkah berisi. Selain itu, contohnya ialah hendak dipenggal hendak dikelar. Contoh yang ketiga ialah, Maharajalela, Maharajalela.

30 Disember 2009
Soalan Cerpen SPM Kesusasteraan Melayu 2009
Soalan Esei Bahagian C 2008 ialah soalan berdasarkan cerpen Malam Terakhir. Peruntukan markah ialah 20 markah.
Soalan adalah seperti berikut :
a) Jelaskan dua teknik penceritaan yang digunakan oleh pengarang dalam petikan di atas. (4 markah)
b) Huraikan empat latar masa cerpen tersebut. (8 markah)
c) Jelaskan empat perwatakan Hasyim dalam cerpen ini. (8 markah)
Saya akan cuba membincangkan cara menjawab soalan tersebut.
Bagi soalan a) , calon perlu memahami konsep teknik penceritaan. Seperti biasa, teknik penceritaan yang dipelajari ialah teknik imbas kembali, teknik dialog, teknik monolog, teknik imbas muka, dan teknik pemerian/deskriptif. Tidak banyak iaitu lima sahaja yang perlu difahami oleh pelajar. Teknik pemerian ialah ialah yang paling mudah iaitu apa sahaja yang pengarang tulis untuk menggambarkan keadaan, tingkah laku dan suasana latar. Teknik dialog juga mudah difahami iaitu apabila ada dialog di antara 2 watak. Calon perlu sedar bahawa jika seorang sahaja yang berkata-kata, maka ia ialah monolog. Misalnya, seorang yang bercakap seorang diri di hadapan cermin atau berkata-kata kepada tumbuhan atau haiwan. (mudah saja, ada tanda dialog " " atau ada watak manusia lain yang mendengar. Jika tiada suara, hanya dalam hati/fikiran sahaja, maka itu ialah monolog dalaman. Teknik imbas muka ialah apabila watak membayangkan sesuatu yang belum berlaku atau dijangka berlaku.
Bagaimanapun, dalam petikan cerpen tersebut, hanya 3 teknik yang digunakan.
Contoh jawapan calon yang baik ialah :
Terdapat teknik pemerian dalam petikan cerpen. Contohnya, Bibah menitiskan air matanya, dia tahu apa dalam kepala Hasyim suaminya itu.
Selain itu, terdapat teknik dialog yang digunakan oleh pengarang cerpen. Contohnya, perbualan di antara Bibah dan Hasyim. "Kalaulah semua manusia ini mengirakan periuk nasi macam awak; dunia ini akan dipenuhi dengan kerbau bajak."
Teknik imbas kembali juga terdapat dalam petikan cerpen. Misalnya, watak Bibah terkenangkan peristiwa yang berlaku 11 tahun lalu semasa Hasyim berjuang untuk kemerdekaan tanah air. "Lebih sebelas tahun dahulu, Hasyim telah berjuang dengan rakannya untuk merebut kemerdekaan tanah air."
Cara menjawab di atas sesuai kerana menggabungkan ayat 1 sebagai pernyataan dan ayat 2 sebagai contoh. Satu jawapan tidak digabungkan dalam satu ayat tetapi asingkan ayat 1 dan ayat 2. Hal ini memudahkan guru memberikan markah.
Bagi soalan (b), jika calon menjawab seperti ini :
Terdapat latar masa malam, pagi, petang dan zaman penjajahan Inggeris.
Itu bukan jawapan yang tepat. Ini soalan esei. Maka, calon harus faham bahawa setiap isi jawapan mesti ada bukti atau contoh. Sebaik-baiknya, jawab dalam 2 ayat iaitu ayat pernyataan dan ayat menunjukkan contoh.
Misalnya,
Salah satu latar masa cerpen ialah waktu malam. Peristiwa yang berlaku ialah Hasyim mendengar radio tentang pengumuman kemerdekaan pada jam 12 malam.
Bagi Soalan (c), calon perlu membincangkan perwatakan bukannya watak. Jika calon menjawab tentang kerjanya sebagai guru atau peranan sebagai suami, maka tiada markah akan diberikan.
Perwatakan haruslah melibatkan perwatakan seperti seorang yang tegas, seorang yang berani, seorang yang mengabaikan keluarga dan kerja, seorang yang ikhlas, atau seorang yang cintakan tanah air. Awas, calon jangan suka menjawab dengan menggunakan kata tidak atau bukan bagi soalan perwatakan. Misalnya, seorang yang bukan penakut, seorang yang tidak mementingkan kerjaya, atau seorang yang tidak penyayang. Mungkin maksudnya hampir sama, tetapi sebenarnya, itu menunjukkan calon tidak tahu kosa kata yang tepat untuk menggambarkan perwatakan watak Hasyim.
Satu contoh yang baik ialah :
Hasyim ialah seorang yang berani. Beliau berani berjuang menentang penjajahan Inggeris bersama rakan-rakannya.
Selain itu, Hasyim juga seorang yang cintakan tanah air. Beliau amat cintakan tanah air dan berusaha mendapatkan kemerdekaan tanah air.

26 Oktober 2009
Cerpen Malam Terakhir oleh Hassan Ali
Salah satu cerpen yang penting pada tahun 2009. Cerpen ini masih belum disoal dalam Peperiksaan SPM dan salah satu yang perlu diberi perhatian oleh semua calon. Diharap semua pelajar membaca dan mengkaji cerpen ini secara terperinci. SINOPSIS
Perjuangan Hasyim dan rakan-rakannya menuntut kemerdekaan tanah air. Tujuan utama beliau dalam perjuangan untuk membebaskan nusa,bangsa dan agama daripada dicengkam musuh. Lantaran terlalu memberi tumpuan kepada perjuangan membela nusanya sehingga mengabaikan tugas rumah tangga. Hasyim lupa tanggung jawab terhadap isteri dan anak malah melupakan kerjaya dan kesihatan dirinya. Kesan daripada pengabaian Hasyim, menimbulkan konflik dengan isterinya, Bibah. Beliau lebih mengutamakan perjuangan berbanding hal-hal kehidupan lain. Walau pun pada akhir hayatnya tersingkir tetapi yang ingin didengarinya sebelum menghembuskan nafas terakhir ialah laungan perkataan ‘merdeka’ daripada corong radio. Setelah hajatnya tercapai, dia pun meninggal dunia.
TEMA
Nasib bekas pejuang kemerdekaan tanah air bernama Hasyim. Beliau memperjuangkan kemerdekaan tanah air sehingga kemudiannya uzur dan akhirnya meninggal dunia.
PERSOALAN
1. Semangat cintakan tanah air Dalam keadaan uzur masih mengikuti upacara kemerdekaan tanah air melalui radio kerana cintakan tanah air.
2. Keikhlasan dalam perjuangan. Tidak mengharap sanjungan masyarakat terhadap sumbangan perjuangan dan kematiannya.
3. Prinsip perjuangan Prinsip pegangan Hasyim bertentangan dengan prinsip partinya hingga menyebabkan dia tersingkir dari parti.
4. Pengorbanan dalam perjuangan. Hasyim berjuang tanpa mempunyai kepentingan peribadi/ keluarga sehingga ketika meninggal dunia, Hasyim tidak meninggalkan sebarang harta untuk membiayai pengebumiannya.
5. Kasih sayang dalam keluarga pejuang. Walau pun sibuk berjuang, Hasyim berjaya membentuk keluarganya supaya memahami tanggung jawab sebagai pejuang kemerdekaan.
WATAK PERWATAKAN
HASYIM
1. mempunyai isteri, Habibah dan anak- Lamah
2. bekas guru dan pejuang kemerdekaan
3. sikap juang yang kental – berusaha menuntut kemerdekaan tanah air
4. cinta akan kebenaran – sanggup berkorban demi menegakkan kebenaran.
5. terlalu taksub kepada perjuangan – sehingga mengabaikan isteri dan rumah tangga
BIBAH
1. berfahaman lebih rasional - menyanggah pendapat suami dalam meneruskan perjuangan.
2. kasih sayang - menjaga suami yang sedang terlantar
3. penyedih – melihat kelakuan suaminya yang terlantar pada malam kemerdekaan
4. bertanggung jawab – Bibah menjaga Hasyim ketika sedang terbaring kerana uzur.
5. Beriman – mengingatkan Hasyim agar mengingatkan nama Allah dan selalu mengucap syahadat.
MESEJ DAN PENGAJARAN
1. Berjuang membebaskan tanah air daripada sebarang bentuk penjajahan. -Bibah sangat menyayangi suaminya, Hasyim. Dia mengambil berat ketika suaminya uzur dan menangisi kematian suaminya.
2. Kita hendaklah mengenang jasa para pejuang kemerdekaan. -kehidupan Hasyim sebagai bekas pejuang sangat miskin tanpa pembelaan dan kematian pula tanpa penghormatan masyarakat.
3. Cinta terhadap tanah air mesti mengatasi kepentingan lain. -Hasyim berjuang menuntut kemerdekaan negara tanpa menghitungkan kepentingan dirinya, isteri, anak, rumah tangga malah tugas sebagai guru.
4. Isteri harus mentaati suami. -Bibah menjaga suami yang uzur dan tak menyesal hidup bersama dengan Hasyim yang miskin.
5. Sentiasa mengingati Allah. -Bibah sentiasa mengingatkan Hasyim agar sentiasa mengingati Allah dan mengucap syahadat.
25 Oktober 2009
Gaya Bahasa
Gaya bahasa merupakan penggunaan bahasa sama ada corak, atau rupa sesuatu bahasa meliputi kesesuaian penggunaan perkataan,frasa dan ayat dalam situasi tertentu. Tujuannya untuk mengindahkan pengucapan, memberi kepadatan makna, menimbulkan kesan emosi, menampakkan kesan visual dan mewujudkan imej keseluruhan yang impresif terhadap pembaca.1. Anafora-pengulangan kata pada awal baris.
Contohnya,Tiap estet menghimpunkan susu getah,Tiap lombong melonggokkan bijih,Tiap bank nyaman menghitung untung
2. Epifora-pengulangan perkataan pada akhir baris.
Contohnya, Fajar hilang ditelan enjin dan sibuk kota,Tawaku kemarau didada kota.
3. Diksi-pilihan kata yang bersesuaian dengan makna dan dapat mempertingkatkan keberkesanan dengan gagasan yang disampaikan.
4. Hiperbola-kiasan yang digunakan dalam menyatakan sesuatu tidak secara tepat tetapi berlebihan-lebihan.
Contohnya,Darah mengalir menganak sungai,Marahnya menyala-nyala.
5. Hybrid-penggabungan dua patah perkataan.Contohnya,mimpiwangi,ajuksenja.
6. Inversi-membalikkan kata iaitu urutan kata yang menyimpang daripada kebiasaan supaya menjadi baris yang lebih menarik dan menghasilkan kesan tertentu. Contohnya,Terasa sekali dingin angin =Angin terasa dingin sekali.
7. Metafora-perkataan kata yang menerbitkan makna yang lain daripada makna lain.Sesuatu objek diberikan sifat secara kiasan.Pada kebiasaannya mengandungi 2 patah perkataan yang bersifat konkrik dan abstrak.Contohnya,Jentera ingatan,gunung harapan,pantai kasih
? Personifikasi- gaya bahasa perbandingan yang digunakan untuk memberikan sifat manusia kepada benda,haiwan dan tumbuhan (gaya pengorangan).Contohnya,Daun nyiur melambai –lambai, Mentari tersenyum riang.
8. Simbolik-juga dikenali sebagai perlambangan. Melukiskan sesuatu dengan mempergunakan benda lain sebagai lambang. Bertujuan memindahkan sifat seseorang atau sesuatu kepada yang lain.Contohnya,’Merpati’ melambangkan ‘kebebasan’ dan ‘Gunung’ melambangkan ‘cita-cita.’
9. Simile- gaya bahasa perbandingan yang digunakan untuk membandingkan sesuatu yg lain dengan menggunakan kata-kata perbandingan iaitu umpama,bak,bagai,macam,laksana. Contohnya, badannya kurus seperti lidi.
10. Sinkop-pemendekan @ penyingkatan sesuatu kata.
Contohnya,hendak = nak, sahaja = saja, engkau = kau.
11. Kata ganda- kata yang digandakan seperti rumah-rumah, bukit-bukau, warna-warni, daun-daun.
23 Oktober 2009
Sajak Sebagai Puisi Moden
MENURUT Za’aba, puisi adalah karangan berangkap. Katanya, puisi tidak memakai perenggan seperti prosa. Rangkap puisi lama (puisi konvensional) terdiri daripada baris tetap dan seimbang. Manakala puisi moden (sajak) ternyata sudah melanggar ciri konvensional seperti mana yang terdapat pada pantun ataupun syair.Sajak zaman awal masih mengekalkan sebahagian besar ciri puisi yang konvensional itu tetapi lama kelamaan sajak menjadi semakin bebas sehingga akhirnya lahir apa yang dinamakan sajak eksperimen (merujuk kepada sajak-sajak 3V (yang dipelopori oleh A. Ghafar Ibrahim), sajak suku kata, dan sajak konkrit). Walaupun sajak eksperimen sukar mendapat tempat di media massa, kemunculannya tetap mewarnai peta puisi tanah air.
Apa itu puisi / sajak? Soalan pendek ini tidak pernah mendapat jawapan yang pasti. Ada bermacam-macam tanggapan orang terhadap sajak itu sendiri. Menurut H.B. Jassin, "sajak adalah pengucapan dengan perasaan yang di dalamnya mengandungi fikiran dan tanggapan". Maksudnya, sajak adalah suara hati penyairnya. Sajak lahir daripada jiwa dan perasaan tetapi sajak yang baik bukan mainan kata semata-mata. Sajak yang baik membawa gagasan serta pemikiran yang dapat menjadi renungan masyarakat.
Kata Muhammad Haji Salleh pula, "sajak adalah bentuk sastera yang kental dengan muzik bahasa serta kebijaksanaan penyair dan tradisinya". Ini menjelaskan bahawa bahasa sajak itu indah dan merdu (apabila dideklamasikan). Seperti H.B. Jassin, Muhammad Haji Salleh tetap mempertahankan bahawa sajak yang baik adalah sajak yang indah bahasanya dan dapat memancarkan kebijaksanaan (tidak kosong atau bombastik).
Baha Zain pula menegaskan bahawa "sajak tidak berbicara segalanya dan tidak kepada semua." Maknanya, penyair (sebagai manusia yang sensitif) hanya akan menangkap sebahagian daripada fragmen kehidupan manusia ke atas kertas (menjadi sajak). Sajak pula tentunya tidak diminati semua orang atau lebih tepat lagi tidak difahami semua orang. Inilah yang dimaksudkan oleh Baha Zain dengan ungkapan sajak ditulis (dicipta) tidak kepada semua (orang). Malah, apabila kita mentafsir sesebuah sajak, kita mempunyai kebebasan sepenuhnya untuk mentafsir sajak itu mengikut kefahaman kita sendiri (asalkan ada logik sasteranya). Ini sesuai pula dengan sifat bahasa sajak itu sendiri yang konotatif dan ambiguiti.
"Kata-kata terbaik dalam susunan yang terbaik" merupakan definisi sajak yang cukup popular. Ini adalah tanggapan Samuel Taylor Coleridge. Proses penting dalam penciptaan sajak adalah diksi (pemilihan kata). Daripada sejumlah kata yang banyak (kaya) itu, penyair hanya memilih yang terbaik (yang paling tepat dan cantik untuk mewakili perasaannya). Misalnya seorang penyair harus memilih sama ada untuk menggunakan perkataan angin, bayu, ribut, atau taufan. Konsep waktu dapat dipadankan dengan sejumlah kata lain seperti musim, ketika, detik, masa, tahun, dekad, kurun, abad, dan sebagainya. Penyair juga memilih sama ada hendak menggunakan perkataan nelayan atau warga laut, atau samudera atau segara. Inilah kekayaan bahasa yang perlu dijaring dengan teliti oleh penyair. Kata yang terbaik (terpilih) itu tidak akan berfungsi sekiranya tidak disusun dengan baik pula. Di sinilah letaknya taraf kepenyairan seseorang penulis. Susunan terbaik inilah sebenarnya yang melahirkan keindahan pada bahasa sajak itu. Perhatikan kalimat-kalimat puitis ini:
dan batu yang bijak itu tetap diam, kerana semakin tahu
rindu yang menajamkan deras hujan
di sini hanya ada kau, aku, dan Tuhan. Selebihnya ialah
kenangan
menyisir hutan yang tersembunyi
embun mengunjungi daun-daun
seberkas cahaya yang terpulas
temali kapal bersiutan gementar
malam yang kehilangan kaki langit
dunia adalah sebuah syurga yang hilang
langit berbaju kusam
hanyalah senoktah karang di batas pandang
belayar tanpa pantai
sampai di wilayah malam, sempadan kelam
Kalau kita perhatikan secara mendalam, makna susunan terbaik (seperti yang dinyatakan oleh Samuel Taylor Coleridge), membawa maksud mengutarakan isi yang baik (ada falsafah dan pemikirannya). Hanya dengan susunan kalimat yang terbaik, kita akan mendapat saranan/mesej/amanat yang terbaik.
Kesimpulannya H.B. Jassin, Muhammad Haji Salleh, Baha Zain dan Samuel Taylor Coleridge mempunyai sikap yang sama dalam menanggapi makna sajak. Mereka tetap mempertahankan bahawa sajak yang baik ialah sajak yang indah bahasanya dan sarat pula pemikirannya (falsafahnya).
Selain definisi puisi di atas, terdapat lagi beberapa tanggapan tentang sajak. Antaranya:
(a) William Woodworth: "Puisi adalah pernyataan perasaan yang imaginatif".
(cool.gif Dunton: "Puisi sebenarnya pemikiran manusia secara konkrit dan artistik dalam bahasa yang emosional dan berirama".
© Mathew Arnold: "Puisi adalah kritikan terhadap kehidupan di bawah peraturan yang teguh, iaitu kebenaran puitis dan keindahan puitis".
(d) Barbette Deutsh: "Puisi adalah seni yang menggunakan pengucapan dan lagu untuk menyingkap kenyataan yang dirakam oleh deria manusia, yang dihormati oleh perasaan, yang ditanggapi oleh akal, dan disusun oleh imaginasi yang membentuk".
(e) Robert Frost: "Puisi adalah satu persembahan dalam bentuk perkataan".
Dalam pada itu, Robert C. Pooley seperti mengingatkan bahawa "orang yang menutup telinga terhadap sajak akan terpencil daripada satu wilayah yang penuh harta kekayaan berupa pengertian tentang manusia". Itulah hakikat sajak.
Tanggapan di atas lebih merupakan tanggapan "orang luar" terhadap sajak. Bagaimana pula tanggapan penyair sendiri terhadap sajak?
Bagi Subagio Sastrowardoyo, sajak adalah suara di bawah sedar. Yang muncul di bawah sedar katanya mungkin sesuatu yang memalukan diri seolah-olah kita berdiri telanjang bulat di muka umum (orang ramai).
Abdul Hadi W.M. pula menjelaskan bahawa sajak ditulis untuk mencari kebenaran. Katanya lagi, "dalam sajak terdapat tanggapan terhadap hidup secara batiniah". Oleh itu bagi beliau, di dalam sajak harus ada gagasan dan keyakinan penyair terhadap kehidupan, atau lebih tepat lagi, nilai kemanusiaan.
Gerson Poyk pula mengatakan bahawa dunia ini sebenarnya absurd sehingga manusia tidak dapat mengerti akan dunia ini sepenuhnya dan tugas penyair tentunya berusaha menggali rahsia hidup yang penuh misteri ke dalam bait puisi (sajak) mereka.
Bagi Sitor Situmorang, "penyair tidak membuat (menulis) sesuatu daripada yang tiada. Sajak adalah jadi-jadian, lewat kemampuan menggunakan faktor budaya yang dicerap, dimiliki, dan dibina semula oleh penyair tersebut".
Saini KM pula menanggapi sajak (proses kreatif penulisan sajak itu) kira-kira begini:
sebelum tintamu menjadi darah
kata-kata akan tetap tinggal bunyi;
kebisingan lain di tengah-tengah hingar-bingar dunia
Itulah sajak – sekelompok warna kata dalam misteri makna. Tugas penyair hanya menulis. Tugas pengkritik adalah membedah sajak itu dengan pisau ilmunya dan tugas anda (sebagai calon peperiksaan) adalah memberi apa-apa yang diminta, bukan menghulur apa-apa yang ada (tahu). Banyak calon gagal menjawab dengan baik kerana mereka tidak menjawab seperti kehendak soalan tetapi menuangkan segalanya yang mereka tahu.
Kalau kita tanya sekali lagi, APA ITU SAJAK?, anda tentu sudah ada beberapa jawapan untuk soalan ini tetapi marilah kita padankan soalan ini dengan dua baris sajak Toto Sudarto Bachtiar ini, yang berbunyi:
terlalu hampir tetapi terlalu sepi
tertangkap sekali terlepas kembali
Itulah puisi (sajak) sebenarnya!
Langgan:
Catatan (Atom)